pregnancy week by week

24 Jun, 2009

aK Ku INGIN jadi ISTERI yg SOLEHAH

ALLAH menciptakan Hawa utk menemani Adam, di ciptakan dri tulang rusuk yang dekat dgn hati untuk di cintai dan dekat dengan lengan untuk di lindungi. Mengapa ALLAH mengambil tulang rusuk Adam ? Bukan tulang tengkorak atau tulang kakinya ? Krn Hawa di cptakn utk mndampingi nya, brda di sampingnya, menjadi partner hdp yg akan di cintai dan di lindungi, bukan untuk di kuasai ataupun menguasai
.
Trkh keramat bg aku 3/10/2008...terikat sdh ikatan kami brgelr suami istri yg slalu d ingnkan dn slalu mnjdi dambaan stp pasngn kekasih..YA ALLAH,aku bersyukr pdMU..stp dugaan mampu kami harungi dan iktn suci ini adalah bkti kesetiaan kami...AKU IKHLAS MENJD ISTERI MU YG SAH,brkngsi ska duka brsama..hnya untk mu suami ku.
Insyallah aku ingin mnjadi isteri hanya untuk suami ku dan mnjadi ibu untk ank2 kita di rmh mu. "HANYA MNJDI ISTERI YG SOLEHAH DAN SEORANG IBU YG BAIK"...insyallah...

Diantara 10 sifat isteri yang soleheh...

Pertama dan kedua, berkhidmat dengan rasa puas serta taat dengan baik kepadanya. Ketiga dan keempat, memerhatikan tempat pandangan matanya dan bau yang diciumnya. Jangan sampai matanya memandang yang buruk daripadamu dan jangan sampai dia mencium kecuali yang harum daripadamu
Kelima dan keenam, memerhatikan waktu tidur dan waktu makannya, kerana lapar yang berlarutan dan tidur yang terganggu dapat menimbulkan rasa marah.
Ketujuh dan kelapan, menjaga hartanya dan memelihara kehormatan serta keluarganya. Perkara asas dalam masalah harta adalah membuat anggaran dan perkara asas dalam keluarga adalah pengurusan yang baik.
Kesembilan dan kesepuluh, jangan membangkang perintahnya dan jangan membuka rahsianya. Apabila kamu tidak mentaati perintahnya, bererti kamu melukai hatinya. Apabila kamu membuka rahsianya kamu tidak akan aman daripada pengkhianatannya.
Kemudian janganlah kamu bergembira di hadapannya ketika dia bersedih atau bersedih di hadapannya ketika dia bergembira. Jadilah kamu orang yang sangat menghormatinya, tentu dia akan sangat memuliakanmu.Jadilah kamu orang yang selalu sepakat dengannya, tentu dia akan sangat belas kasihan dan sayang kepadamu..insayallah....

semoga mndpt bimbingan dari mu suami ku....brsamalah kita saling berdoa smga hubungan ini slalu mndapt Rahmat Dari Nya....amin...






0 ulasan: